..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, November 4, 2010

..I'm already 20 years old!!..

Bismillahirrahmanirahim..



"Apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Allah Swt. menciptakan manusia sebagai Khalifah.
 surah al-Mu’minun ayat 115 


Tepat pukul 12 mlm tadi..maka genaplah umurku 20 tahun..klu ikut kalendar islam maghrib tadi usiaku sudah mencecah 20 tahun..

sudah 20 tahun aku melihat dunia..

bernafas di atas muka bumi ciptaanNya..

selama itu juga aku mendapat kasih sayang dari orang yang berada di sekelilingku..

ku panjatkan syukur pada Ilahi kerana memberikan aku peluang untuk terus hidup hingga saat ini dengan kesihatan tubuh badan dan akal yang sihat ..

ucapan terima kasih juga pada ibu yang telah bertarung nyawa melahirkan diriku yang hina ini sebagai penyeri hidupnya walau hanya sebentar saja...

jutaan terima kasih pada ayah yang membanting tulang empat keratnya, semata-mata untuk memcari rezeki yang halal buat aku dan adik-adik..

pada kedua adik yang ku sayangi selalu..terima kasih kerana sentiasa menyokong kak dan mendoakan kejayaan kak hingga saat ini..

pada sahabat-sahabatku..yang sentiasa berada disisi tika aku senang dan susah..terima kasih atas segala sokongan,nasihat dan keprihatinan kalian..uhibbukifillah..



Rasulullah s.a.w bersabda:
الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ، يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lainnya seperti bangunan, saling memperkokoh sebagiannya dengan sebagian lainnya”. (Muttafaq alaih).

Kerana kalian semua..aku belajar untuk mengenal siapa Penciptaku..Rasul yang begitu mencintai diriku..

alunan muzik tanda mesej masuk ke inbox telefonku terus berbunyi..

mesej dari keluarga dan sahabat-sahabatku yang tidak pernah lupa tarikh lahirku..

salah satu mesej yang ku terima dari sahabat seperjuangan ukhti miska

"Hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu,Hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu,hari ini menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang ,hari ini akan menjadi satu hari yang bersejarah buatmu..semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan islam & meneruskan gerak kerja."

aku juga menerima hadiah yang sangat comel..secomel pemberinya..













cute isn't? it??.this is the first time i get teddy bear as a birthday present..hehheh..really like it..u know what make me so excited because of it's colour..WHITE!!..one more thing, that white rose..can u see that??..that is my favourite flower..so lovely..thanks a lot Fiqa,Jidah,Aishah and Ima.. 


hati rasa terharu..bagiku walau sekadar ucapan itu sudah cukup buatku..walaupun tiada ucapan..cukuplah kamu menerimaku apa adanya..kesudian kalian menjadi sebahagian dalam hidupku..itu sudah cukup bermakna buatku..

tapi dalam kegembiraan..

otakku ligat berfikir ..

hati terus bertanya..

setakat mana amalan kebaikan yang telah aku lakukan sehingga ke saat ini?

sudah berapa banyak dosa yang telah aku lakukan ?

adakah bekalan amalan yang ku kumpul cukup untukku di saat terhentinya pertambahan umurku??

hati terus beristighfar..

ya Allah izinkan aku mengisi umur yang tersisa ini dengan berjuang di jalanMu..izinkan aku terus istiqamah menjadi mata-mata rantai perjuangan Rasulullah saw..

berikan aku kekuatan luar biasa untuk bermujahdah mendidik nafsuku..

seandainya engkau mentaqdirkan mati untukku..matikan aku sebagai syuhada..Engkaulah sebaik-baik sandaran..Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.


2 comments:

syauqahwardah1209 said...

bismillahirrohmanirrohim..

salam alaiki, nisa yg disayangi krn Allah.. :)

sanah helwah ukhti utk yg ke-20 tahun..

semoga Allah sentiasa merahmatimu & melimpahkan kebaikan kpdmu dunia & akhirat. insyaAllah, semoga menjadi muslimah yg lebih bertakwa di sisi Allah.. :)

salam syg;
kak safi.

iShasha Aishah said...

selamat ulang tahun kelahiran yg ke-20 sahabat...
semoga dikau sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih Illahi...