..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, January 30, 2014

..Jodoh Berdua..cieeeeee!

Bismillahirahmanirrahim...


Kadang2 stress juga dengan pertanyaan orang sekelililng..

"Dah kerja? Bila nak kawin? " 

Inilah Soalan paling HOT selalu diterima. Rezeki kita ni berbeza..Allah beri mengikut keperluan diri seseorang itu dan one thing is JODOH dan REZEKI semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz kan. 

Kalau dah rezeki kita tu biar pun dah masuk mulut orang pasti kembali ke kita balik, ni just perumpamaan HM Tuah bagi la sekadar nak bagi kita tengok 'how magic' is rezeki and jodoh ni. Think deeply. Yang penting kan, usaha kita and doa. Jaga peribadi dan jaga hati inshaaAllah rezeki dan jodoh kita tu baik2 semuanya. . So mak cik2 diluar sana harap mengerti ya..semoga dikurang2kan lah soalan ni pada gadis2 manis seperti kami ni. Hehehe 

# Mungkin ada yang dah baca sbb Ni status fb saya sebelum ni. Baru dapat post di blog.Tq pd yg sudi baca! 



Wednesday, January 29, 2014

Burning!

Bismillahirahmanirrahim...

Pegawai : Bos saya kata, Blacklist saja restoran kamu ni.

Terkejut saya dengan mak cik, terkedu, jantung terasa berhenti sebentar.

Saya : tidak apalah encik, dimana-mana pun inshaaAllah ada rezeki.

Pegawai tu memandang saya dan mak cik, 

Kalau ikut prosedur, kiranya payment kami tu kira BURN sebab lambat hantar invois.Tapi bila sudah tertulis rezeki itu untuk kita, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Pegawai : bawah kami ni ada banyak bahagian, memandangkan ni soal makanan, dah jadi darah daging anggota kami jadi saya akan usahakn untuk bayar.

Aku dah mula sebak, aku tak boleh orang baik sangat ni. Kenapa aku kata baik? Aku faham disebalik kata-kata pegawai ni dia tidak mahu kami putus asa, walaupun dah diblacklist di bahagian tu, boleh cuba lagi di bahagian lain. Tambahan lagi, banyak pulak dia ajar benda-benda penting bila berurusan dengan kewangan kerajaan.

Hampir seharian juga kami berada di situ, bab menunggu tu jangan cakaplah. Lain juga arahan pegawai tu untuk urus itu ini. Tapi mashaaAllah semuanya dipermudahkan oleh Allah swt, orang yang sepatutnya kami kena cari kebetulan ada di situ dan dapat pula offer untuk buat catering lagi di masa akan datang. Alhamdulillah, all praise to Allah swt.

Penatnya buat catering tu selama sebulan, jangan cakaplah. Tiba-tiba tidak dapat bayaran, tidak huru-hara rasanya. Dalam perniagaan ni soal kejujuran sangat penting, asal kita tak buat benda yang tak elok, inshaaAllah Allah pasti bukakan pintu Rezeki.

Yakin itu.

"Lalat makanan Cicak. Lalat bisa terbang, Cicak tak punya sayap untuk terbang tetap saja bisa makan. Kerana setiap makhluk pasti ada rezekinya"

Yang penting Usaha. Jangan Malas.

Tuesday, January 28, 2014

Bukan Salahku!

Bismillahirahmanirrahim...

Sudah 23 tahun aku hidup sampai sekarang, baru aku sedar dari mimpi indah! Hahaha just kidding..aku baru sedar yang rupanya aku ini paling PANTANG bila aku kena tuduh melulu, korang faham kan maksud melulu? Ha ini fahaman aku macamna perasaan orang yang dituduh melulu ini ibaratnya seperti kita ni dah lama tak makan kek cokelat, then hari tu dapatla kiranya kita kek coklat ni pastu tetiba ada orang yang masuk rumah tak beri salam kemudian tiba-tiba ambik kek cokelat tu buang ke dalam tong sampah!!! Melenting tak melenting kita masa tu? Hilang selera, hilang perasaan dan boleh sampai tahap hilang kewarasan (eh, klu blh jgnlah sampai tahap macamni plak!:p) ha...macam tulah perasaan aku sekarang ni.

Sebab tu sekarang aku tengah pasang music instrumental sambil melemparkan perasaan aku ni ke lautan maya ni, kalau tidak kejap lagi makin mengelegakl sampai ke otak perasaan aku ni. Tapi kan sebenarnya aku tak salahkan pun orang tu, maksud dia tu kan sebenarnya lain cuma mungkin dia yang bercakap ni pun tengah emosi, jadi ada segelintir ayat dia tu tergelincir menyebabkan aku terasa macam dihempap batu besaq! Ha engkau, perumpamaan aku sampai gitu, dahla aku tengah lapaq ni. Effectnya, dia plak yang aku sembur dengan batu berapi. #_#

Patutlah kan Rasulullah ada pesan " Orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan marahnya"

Hanya segelintir orang yang mampu buat ni, apalagi kes macam aku ni. Kena Tuduh. Eh, bukan sebenarnya aku TERASA dituduh dan dipersalahkan dalam hal ini. Begitulah maksud orang itu, dia bukan nak tuduh cuma mahukan kepastian. Mesti susah korang nak mencerna apa yang aku sampaikan kan? Sebab aku tak bagitau cerita yang terjadi sejelas-jelasnya. Bukan hal itu pun yang aku nak bagitau kat sini, cuma aku nak habaq yang kita ni kan jangan mudah dan pantas melata bila dengaq satu-satu berita. Jangan mudah sangat nak tuduh orang, jagalah sikit kata-kata kita tu jangan sampai orang terasa dia dipersalahkan dan terasa dituduh benda yang dia tak buat. 

Macamna nak buat? Caranya, tanya dulu baik-baik..habaq dulu apa yang terjadi. So, tidak akan ada pula perselisihan timbul. Kalau tak buat macam ni, masalah lain nak diselesaikan masalah lain pula yang timbul. Kan? Korang buat-buat faham sajalah kalau tak faham ek. Xoxoxo.

Oh lupa plak nak habaq, at last kami bermaaf-maafan juga. Alhamdulillah. :D. And ni benda buat aku lupa sikit hal ni tadaaaaaaa...pic studio konvo da sampai!!!


 
(Senyuman aku tak jadi, patutnya senyum lebaq kerana ditemani dua 'bodyguards hensem" di belakang. Haha, ayat mengombal! Tapi aku paling sepet! #_# )


Wajah Baru

Bismillahirahmanirrahim...

Eh...jgn tekan button X plak! Ni blog yang sama cuma muka baru je..
Wajah baru blog aku, simple je. Template pun ambil dekat blogger template. Aku dah tak serajin dulu nak mengadap laptop berjam-jam untuk buat decoration blog aku. Bukan sebab apa, sebenarnya senang je, tapi disebabkan aku dah tak study, so wifi percuma dah tak ade! Hahaha, ni online guna broadband yang kadang-kadang mood berangin ni ha. Tapi tak apelah kan, asal aku boleh update blog aku selalu. 

Kenapa tukar? Yang dulu lagi comelsss..ada snow turun lagi..

Aku tukar bukan sebab dah bosan, aku pun sayang juga dengan template aku tu. Lama tau aku duk ngaji macamna nak buat widget, color, background segala macam tentang blog ni tapi disebabkan sekarang aku susah nak mengadap lappy selalu,so terpaksa la guna apps blogger dekat smartphone. So, tahu la kan apps ni simple je tapi yang paling parok sekali aku tak boleh nak ubah saiz dan warna font memang tak boleh jadilah. Background aku kan color hitam, bila publish tu semacam je aku tengok blog aku. Tulisan ada kecil ada besaq! Mcm alien je aku tengok. So sebab tu la aku tukaq template..buat sementara je ni bila aku rerajin sikit nanti aku ubahla. Haaaa kau panjang lebaq aku ceghita pasai template ni. Tu jelah yang aku nak share hari ini. Xoxoxo.


By Nisa (jangan heran plak, ni nama timangan aku dari kecik lagi.) :)

Wednesday, January 15, 2014

Lupa Password??

Bismillahirahmanirrahim....

Betapa leganya saya saat ini...Alhamdulillah syukur sangat2..
Saya dah lama nak update blog tapi adakah patut saya boleh lupa email untuk signing blog saya sendiri! MashaaAllah, ni tandanya saya sudah terlalu lama meninggalkan kanvas ini kosong tanpa apa-apa perkongsian. Maaf kepada yang mungkin ada ternanti-nanti atau mereka yang Allah taqdirkan singgah di kanvas buruk saya kerana tidak ada post terbaru. InshaaAllah selepas ini dengan medium yang ada sekerang saya akan lebih aktif update blog saya. Ops!! Macam formal sangat pulak tau entry kali ni! Hahaha 

Btw, sekarang dah menunjukkan pukul 4.25 subuh waktu Sabah dan saya belum lagi bisa melelapkan mata. Dasyat sungguh, padahal pagi ini inshaaAllah ada perkara penting dan sangat bermakna yang mesti saya hadiri. InshaaAllah akan saya kongsikan nanti. Stay tuned. assalamualaikum! :)