..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, March 31, 2010

..AwaRd..


Bismilahirrahmanirahim



Entri ini khas saya tujukan buat  kak ummi dan kak syauqah yang amat kusayangi kerana Allah swt..
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat dua insan ini telah menganugerahkan saya AWARD nie..
Terima kasih ,Jazakillah,arigato na..

                          

Kalau nak tau inilah FIRST TIME saya dapat award dalam alam  maya..hihihi..mula2 tu xfaham tentang tag2 nie..xp Alhamdulillah kak ummi berikan tunjuk ajar..

What i need to do?

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.

First 
Bila baca betul-betul award ni saya ingatkan beautiful blog rupa-rupanya beautiful blogger..hmm.. cantik itu  adalah sesuatu yang subjektif..setiap orang mempunyai pandangan tersendiri..betul tak?
Sebagai tanda terima kasih ingin saya hadiahkan pic ini pada kak ummi dan kak syauqah..maaflah saya tidak kreatif..hanya ini yang mampu saya buat..







Kak ummi dan kak syauqah..sokongan dan nasihat amatlah saya perlukan dari kak berdua..terima kasih kerana sampai sekarang kak berdua sentiasa menyokong saya dalam dunia blog nie..doakan semoga saya terus istiqamah ya.. 

jadi para sahabat yang dikasihi..mari berkunjung ke blog dua mawar berduri nie..insyaAllah Anda tidak rugi..nie alamat teratak mereka..


Second
 Mawar Berduri  dan Mujahid yang terpilih untuk menerima award ini ialah : 

1.Ukhti Surianah sahabat seperjuangan yang banyak memberikan inspirasi kepada diriku
4.Ukhti Kemuncup sahabat yang study kat jepon ..waktu kecil dulu dia nie takut hantu sama macam saya..
5.Ukhti Anim sahabat yg blajar kat jepun..dia ni suka pi mengembara..
6.ukhti pwincessima or nama FB nya ima althafunnisa..nie jiran sebelah bilik..comel gitu.^_^
7.Cik Epal dia nie memang comel..entri dia begitu santai
8.Ukhti lyanahisham gadis manis ..skg berada di Selangor
10.Ukhti ratusyabinar blog dia sangat comel..
13.Ukhti bidadaribesi09..teman seperjuangan di kampus..kak banyak memberikan inspirasi.
14.kak nurul bakal ibu...


Lastly

7 things About myself..

1.Anak Sabah ba nie..

2.love WHITE  colour..

3.Mudah mengalirkan airmata (..hmmm...)

4.Suka bunga..especially white flower..

5.Feveret drink is skyjuice..hihi..

6.Suka tido  awal..

7.love to create friendship with anyone..


                                            

Semoga sahabat sekalian terus istiqamah dalam jalan dakwah..dimanapu kita berada,siapapun kita..kita tetap sama..seorang Hamba yang akhirnya akan kembali pada TuHan yang menciptakan kita..sedikitpun usaha kita dalam membantu agamaNya tidak pernah terlepas dari pandanganNya..kerana kita adalah makhluk yang terpilih untuk menjadi khalifah dibumiNya ini..

"Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat."aku hendak menjadikan khalifahdi bumi.mereka berkata "apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana, sedangkankami bertasbih memuji-Mu dan menyucikab Nama-Mu?"Allah berfirman "sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"


wallahu'alam..


                                           

Saturday, March 27, 2010

..SePi..

bismillahirahmanirrahim...

       

syukur kehadrat ilahi masih diberikan peluang untukku mencoretkan 
kalam yang terbuku dihati..


ku cuba menyepikan diri...


berfikir...


cuba menenangkan qalbu yang hampir mati..


mencari dan terus mencari penawarnya..


hati merintih tidak sanggup lagi menghadapi...


senyuman diukir melindungi derita yang dialami...


tidak sanggup berkongsi kerana tahu tiada 
siapa yang mampu menunjukkan jalan solusi..


bersendiri merenung bagaimana harus 
menempuhi jalan dakwah jika terus begini...?


akhirnya menyedari khilaf yang berpunca dari Hati sendiri..


rupanya Hati masih tidak Bersih kerana kegelapan yang menyelubungi.....


Hati masih tidak menjiwai erti kehidupan yang diberikan Allah swt..


Hati masih Keras untuk menyedari hakikat diri seorang Hamba..


Butiran airmata terus mengalir membasahi bumi..


mengharap setitik belas kasihan dan secebis 
pengampunan dari Pencipta yang Hakiki..



                               



footnote: sekadar meluahkan rasa dihati dan berkongsi apa yang diri alami..,mungkin ada yang turut merasai..pesanan diri.. syukuri kerana masih menyedari akan kesilapan diri...tanda kasih ILAHI yang tidak berbahagi..

Friday, March 26, 2010

..KaiN BuRuK..


 bismillahirahmanirrahim..                

          
                         



Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,” jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. “Kenapa begitu bang?” tanya isterinya.”Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula,” jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, “Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku.”

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
“Bang”, bisiknya perlahan. “Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?”

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, “Baiklah, mari rapat
kepadaku” isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, “Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.” Isterinya
masih ragu-ragu.

“Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?” tanyanya lagi.
“Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang….”
“Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim” isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu…..fikir-fikirkan...***





Sunday, March 14, 2010

..iStiQamaH vs KaRamaH..

Bismillahirahmanirrahim..

                         


Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun .
Dia tidak pernah"ponteng " walaupun sekali melainkan uzur syarie.
Namun , ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar 
anak muda yang menuntut ilmu dengannya.

"Sepanjang kita belajar dengannya,sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya,"
 kata salah seorang anak muridnya.

"Berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa2 
keistimewaan .Semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja" tambah yang lain.

"betul.Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari 
celah -celah jarinya.Malang betul nasib kita.."

Akhirnya sungutan-sungutan itu kedengaran sampai jua ke trelinga ulama tua itu
.Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang BERGUNA kepada 
anak-anak muridnya itu.


Pada suatu hari,ketika beliau sedang mengajar,beliau dengan sengaja telah 
melepaskan kapur ketika menulis diatas papan hitam.Namun anehnya 
kapur itu tidak jatuh ..sebaliknya 
terus bergerak dan menulis perkataan 
yang hendak ditulis oleh ulama tua itu.


Melihat kejadian yang aneh itu semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman.
Tidak sangka bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini rupanya turut mempunyai KARAMAH.


Melihat kekaguman anak-anak muridnya guru yang tua itu menepuk papan hitam 
dengan kuat lantas berkata 

"Aku sangat hairan melihat sikap kamu semua.Melihat kapur ini menulis hanya 
beberapa ketika telah membuatkan kamu kagum.Bagaimana dengan aku yang telah 
menulis selama 40 tahun di papan hitam ini??"


Moral of the Story :  

  • Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.                      Allah swt sangat mencintai amalan yang istiqamah sekalipun sedikit.




  • Orang yg istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberi                               karamah tersesat kerana  iman yang tidak istiqamah.

  • Hargai pengorbanan seorang guru.

  • Janganlah kita menyukai seseorang itu kerana kelebihannya sahaja kelak                         akan membawa bencana.




  • Hormatilah ulama jangan sesekali kita melabelkan mereka..                           Siapa kita jika hendak dibandingkan dengan mereka??..berapa banyak HADIS yang telah kita hafal?berapa banyak ilmu yg kita ada?..jauh sekali dgn mereka..



"Ulama itu adalah Pewaris Nabi"








Footnote : pengalaman saya bertemu dgn ulama pada masa itu merupakan saat yg tidak mungkin sy lupakan .Perasaan dapat bertemu dgn org berilmu sj sudah tidak dapat sy gambarkan..tak tahu lagi seandainya dapat  bertemu Rasulullah saw dan para sahabat baginda..AllahuAkbar..Ashkuruka ya Allah..

Monday, March 8, 2010

..kISah si aNak dan Si Ibu..

                     

Bismillahirahmanirrahim..

                    
       




   Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.



Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya

      
           

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

  Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA



Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,





                  





"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
 "Telah Dibayar" 
pada mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!



"Hargailah mereka selagi masih ada..Bagi yang telah tiada doakan mereka"


sabda Nabi SAW:
"Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya(dari dia) kecuali tiga (kebaikan) : Sedekah jariah,Ilmu yang dimanfaatkan dan Anak yang Soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya"


Footnote:esok quiz..disebabkan..Tahap kerinduan pada ibu sgt kritikal..entri ini sedikit m'ubat kerinduan padanya..Ya Allah sampaikan cinta dan rinduku padanya..ya Allah..Sesungguhnya engkau mentaqdirkan yang terbaik buatku dan adik-adikku..


Friday, March 5, 2010

..Nikmat Allah yAng Tidak Kau SyuKuri..


...Bismillahirrahmanirrahim..



"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang." 
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)


E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. 
Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh 
mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan 
alat bantuan pernafasan.




http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_1.jpg


Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi 
seorang ulama’ dari Kuwait.  Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi 
agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_2.jpg

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim. 
 
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau 

membuka pintu biliknya. Kegembiraannya  dapat digambarkan pada raut 
wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya. 
 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_3.jpg
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_4.jpg
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel 
 
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.
 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_5.jpg
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_6.jpg

Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel 
 
 Syeikh  Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
 http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_7.jpg

Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata. 
 http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_8.jpg

Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan 
pengalaman yang menyedihkan 
 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_9.jpg

Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_10.jpg




Tahukah anda..apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat 
menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat 
kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, 
bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah 
menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan 
sholat saya  di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat
 kesihatan untuk mendapat redha Allah.

Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh
 berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid atau surau
 ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ? Adakah alasan2 yg kita 
ciptakan itu cara terbaik kita mensyukuri nikmat2 Allah?


Jadi, nikmat Allah apa lagi yg kita dambakan?
wallahua'lam...moga bermanfaat..

footnote : emel dari Akhowat..mohon sebarkan..