bismillahirahmanirrahim...
syukur kehadrat ilahi masih diberikan peluang untukku mencoretkan
kalam yang terbuku dihati..
ku cuba menyepikan diri...
berfikir...
cuba menenangkan qalbu yang hampir mati..
mencari dan terus mencari penawarnya..
hati merintih tidak sanggup lagi menghadapi...
senyuman diukir melindungi derita yang dialami...
tidak sanggup berkongsi kerana tahu tiada
siapa yang mampu menunjukkan jalan solusi..
bersendiri merenung bagaimana harus
menempuhi jalan dakwah jika terus begini...?
akhirnya menyedari khilaf yang berpunca dari Hati sendiri..
rupanya Hati masih tidak Bersih kerana kegelapan yang menyelubungi.....
Hati masih tidak menjiwai erti kehidupan yang diberikan Allah swt..
Hati masih Keras untuk menyedari hakikat diri seorang Hamba..
Butiran airmata terus mengalir membasahi bumi..
mengharap setitik belas kasihan dan secebis
pengampunan dari Pencipta yang Hakiki..
footnote: sekadar meluahkan rasa dihati dan berkongsi apa yang diri alami..,mungkin ada yang turut merasai..pesanan diri.. syukuri kerana masih menyedari akan kesilapan diri...tanda kasih ILAHI yang tidak berbahagi..
6 comments:
kadang2 susah nak tenangkan fikiran kan
Model
Ekonomi Baru
Air
Batu Naik
to sharinginfoz
betul..sebenarnya ketenangan itu tidak boleh kita kecapi dgn bersendiri sahaja..tetapi bangun malam tika dinihari..bermunajat ,merintih dan mengadu pada Allah swt..insyaAllah ketenangan itu akan kita rasai..
Salam warahmatullah dik..
Nasihat akk, perbanyakkanlah solat tahajud di penghujung malam, tadarus sambil tadabbur Al-Quran & zikrullah di kala hati mengingati-Nya. Semakin teguh Dia dalam diri kita, semakin dekatlah Dia dgn kita.
Jika manusia sudah dapat mengawal hati & nafsunya, beruntunglah manusia itu kerana dunia bukanlah apa2 lagi baginya kerana hanya pertemuan dgn Allah saja yg menjadi dambaan tiap ketika. Mudah-mudahan kita tergolong dlm golongan tersebut.. InsyaAllah.
Kuatkan hati, kuatkan semngat & teruskan bermunajat padaNya..
Moga Allah sentiasa merahmatimu dik.. :)
wslm kak syauqah...
jazakallah atas nasihatnya..
subhanaAllah..inilah yang sy nanti2 kan..mutiara kata nasihat dari saudara sesama islam..
nasihat ini amat bermakna buat saya kak..
walaupun kita tahu..namun kita manusia sering alpa dan harus sentiasa diingatkan..
semoga Allah merahmatimu juga..
wallahu'alam..
salam warahmatullah adik nisa yg disayangi.
subhannallah!
akak semakin mengkagumi semangat mujahidahmu nisa.teruskan mencari cinta Allah.dan akak setuju sepi ini mengajar kita mengingati mati dan Ilahi.waktu paling sesuai bermuhasabah diri adalah sepi seperti yg kak syauqah beritahu nisa.tahajud dipenghujung malam.akak neh masih banyak "cacat celanya" berkenaan amalan jadi takberapa dapat membantu nisa..
yg akak boleh cakapkan..ketenangan paling abadi adalah apabila kita sentiasa lapang dada,redha dan bersangka baik dengan apa yg saja yg mengelilingi kita.
selebihnya bergantung pada kesanggupan hati nisa.semakin kuat Allah menguji kita semakin hampir kita dipintu "hati-NYA".
ukhuwah fillah utkmu sayang..
akak akan sentiasa ada memerhatikan dan memberi bahu utkmu..Allah pastinya telah mencintaimu dengan menghadirkan perasaan2 seperti ini.wasalm syang..
salam syg balasan buat kak ummi yg jauh dimata dekat dihati..
trima kasih kak ..kak jgn ckp mcm tu..sy byk blaja dari kak wlupun hanya di alam maya..biarlah org tdk tahu..hanya kita yg merasai keistimewaan ukhuwah ini..
syukur ke hadrat ilahi Allah menghadirkan kak n kak syauqah dlm hidup sy...
jakallah kak..
Post a Comment