Bismillahirahmanirrahim..
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar"
pada mukasurat yang ditulisnya.
Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!
"Hargailah mereka selagi masih ada..Bagi yang telah tiada doakan mereka"
sabda Nabi SAW:
"Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya(dari dia) kecuali tiga (kebaikan) : Sedekah jariah,Ilmu yang dimanfaatkan dan Anak yang Soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya"
Footnote:esok quiz..disebabkan..Tahap kerinduan pada ibu sgt kritikal..entri ini sedikit m'ubat kerinduan padanya..Ya Allah sampaikan cinta dan rinduku padanya..ya Allah..Sesungguhnya engkau mentaqdirkan yang terbaik buatku dan adik-adikku..

4 comments:
semoga arwah ibu sy sentiase di bawah rahmat-Nya..:)
Amin...insyaallah kucikucibom mari kita perbanyakkan doa untuk mereka yg telah pergi..sebagai anak sekiranya kita melakukan kebaikan ibubapa kita juga akan mendapat pahalanya ..wallahua'alam..
nice bl0g sue...keep it up k...
syukran..insyaAllah..
Post a Comment