..Ahlan Wa Sahlan..

Sunday, December 27, 2009

Adakah lagi peluang Untukku???

Ya Allah...
Bantulah aku ya Allah..
Aku lemah , sangat lemah , terlalu lemah


Aku bagaikan hendak terjatuh ya Allah,
Tidak! Tidak ! aku tidak mahu tersungkur dari pimpinanMu ya Rabb..


Astagfirullah al Azim..
Ya Allah apa yang telah aku lakukan ini ya Allah..


Aku telah MENGKHIANATI hidayah dan kasih sayangmu..
Hatiku merintih kesakitan mengingatkan dosa-dosaku..


Aku JAHAT YA ALLAH..
Aku HINA..
Aku KEJAM ..


Wahai penciptaku..
Masih adakah ruang untukku berada dalam barisan-barisan hambaMu yang Engkau Cintai??
Masih adakah walau setitis hidayahmu untukku?
Layakkah aku untuk mendapat kasih sayangMu lagi??




Ashkuruku ya Rabb..


Kerana hari ini hatiku tersentak menyedari kekhilafanku,
Apabila melihat gambar-gambar ini..


Syukran jazilan kepada sahabat yang menghantarnya..


























Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal




Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


No comments: