..Ahlan Wa Sahlan..

Saturday, February 27, 2010

..1 LiTre Of TeArs..

Bismillahirahmanirrahim..

" Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu , dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu apapun,lalu ia telah dijadikan untuk kamu pendengaran,penglihatan  dan akal fikiran ,supaya kamu merasa bersyukur (diatas nikmat -nikmat tersebut)"
Surah Al-Nahl 16 : ayat 78  






Ya Allah terasa seksanya bila nikmat boleh bernafas dengan baik diambil OlehMu walau sementara..tak tau lagi apa rasanya bila ia ditarik buat selama-lamanya.. 

Pernahkah kita terfikir apa akan terjadi bila Allah SWT tarik balik semua nikmat penglihatan,pendengaran,dan terutama sekali nikmat ImaN dan ISlam ..

apa akan terjadi ??? Nauzubillah..

..mari fikirkan sejenak..


 ..."1 litre of Tears"..

Satu tajuk Drama keluaran Bumi Sakura yang cukup memberi impak yang besar dalam hidup ini..

Cerita ni diadaptasi melalui satu kisah hidup sebenar seorang gadis Jepun yang menghidap penyakit Spinocerebellar ataxia (SCA)..penyakit ni menunjukkan kesan bila setiap anggota badan kita semakin lama tidak dapat berfungsi dengan baik sehinggalah akhirnya semuanya ibarat dah kaku..senang crita kira anggota tu dah mati....


           
           
1.     Mula-mula mampu KEtawa dgn rakan-rakan,petah bercakap,lancar menulis,berjalan dgn baik,dan bErlari dgn laju.
2.     Lama-kelamaan..ketawa sudah hilang .bercakap sudah mula tergagap-gagap,tulisan menjadi buruk,sudah tidak mampu berjalan dengan baik kena berpaut pada sesuatu dan berlari tapi kemudian jatuh
3.     Dipenghujungnya..hanya airMata jErnih yang terus-menerus menitis membasahi bumi,suara sudah tidak kedengaran,hanya terlantar diatas katil bercadarkan kAin puTih...menunggu saat itu tiba.. 



memang sedih bila tengok citer nieMySpace.Tajuk dia betul-betul menembak tepat pada sasaran penonton..malah mungkin ada yang nangis lebih dari 1 liter kot..hihi..no komen...

Tau apa Ibrah yang boleh kita cedok dalam cerita  ni??

  • Bersyukur atas semua nikmat yang Allah swt berikan kepada kita
  • Ingat Allah boleh tarik balik nikmat itu BILA-BILA masa Allah swt mahu..
  • Biarlah bila kita Lahir orang yang menyambut kita senyum kerana ..dan bila
  • kita Pergi orang lain sedih kerana sudah tidak dapat menikmati kebaikan dan  sumbangan kita kepada mereka.
  • Sayangilah setiap tubuh yang menjadi pelengkap keluarga kita walauapapun terjadi pada mereka..merekalah yang paling terdekat dengan kita especially parents..
  • Ukhuwahfillah memberikan kemanisan dalam hidup kerana ia berkekalan hingga ke syurga..
  • Redha dengan ketentuan Ilahi..Allah menjanjikan yang terbaik buat kita..
  • Allah Azza wa Jalla..adalah tempat sebaik-baik sandaran

"Dan milik Allah lah apa yang ada dilangit dan dibumi dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan"  
Surah al Imran : 109










Footnote: Cadangan..nonton la cerita nie baru dapat tahu part mana terdapat pengajaran yang telah saya listkan tu..xrugi..insyaAllah..yang penting bila nonton tue..guna mata hati..bukan mata berselaput ego..buka hati dan minda seluas-luasnya..ambil yang baik..jadikan pengajaran yang buruk..setiap orang punya penafsiran tersendiri...terpulang..diri ini hanya sekadar melakarkan apa yang tersemat dihati..sekadar perkongsian..
..Klik sini kalau nak nonton..



1 comment:

Anonymous said...

i am one of "1 litre of tears" fans..:)