..Ahlan Wa Sahlan..

Monday, August 30, 2010

..Dia seLaLu aDa untukku..





bismillahirrahmahirrahim..

Alhamdulillah syukur..

setelah seminggu diri ini menghempas pulas berperang dengan "musuh-musuhku" yang akhirnya ku temui penamatnya..



penat,letih dan lesu tika mengharunginya..


                   


sungguh peperangan kali ini cukup mencabar bagiku..

manakan tidak..selama 3 hari aku kena berhadapan dengan 5 exam berturut-turut..dalam sehari tu ada dua exam yang kena aku duduki..

"macamana nak study ni?"

selama seminggu soalan ni berputar-putar dalam kotak fikiranku..

"takpa aku BOLEHH!!!"kata hati cuba memujuk dan memotivasikan diri..

Aku ada Allah swt ..Dia selalu ada bersamaku..malah lebih dekat dari mata putih dgn mata hitam

aku yakin Allah punya 1001 cara untuk membantuku..aku cukup yakin dengan doa yang selaluku amalkan.. 

 “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”

Hari pertama 27.8.2010

Saat peperangan pertama bermula,dengan persediaan yang telah ku buat dengan bersenjatakan pena dan kertas,ku gagahkan diri melangkah ke dewan exam..

                                



Alhamdulillah..semua berjalan lancar..aku merasa Allah mempermudahkan urusanku..

Dua exam telah berlalu..

Hari ke-2..28.8.2010

Allah swt punya kuasa..

Pagi sabtu aku merancang untuk ulangkaji subjek Bkaf yang bakal aku hadapi pada keesokan harinya..

tapi pagi tu Allah uji aku dengan kesihatan..
setengah hari aku terlantar di katil ...xmampu bertahan untuk duduk di meja belajar..

Petang tu,Ku cuba menahan sakit dan lajukan langkah utk ke kelas tarannum kerana hari tu ada ujian lisan

Malam pula exam Statistic..Alhamdulillah..terasa mudah untuk menjawabnya..

Hari ke-3 29.8.2010

Kuliah berjalan seperti biasa..ku cuba gunakan masa yang terluang antara kuliah dengan sebaiknya untuk study Bkaf..subjek ni agak menganggu jiwaku..ia salah satu subjek core dalam jurusan yang aku ambil..

bila malam menjelma..exam bermula..ku cuba untuk menjawab soalan dengan sebaiknya..

setelah 2.30 jam berlalu..exam tamat..terasa suatu perasaan yang sangat indah terlintas dihati..


saat ini aku merasakan sungguh perancangan Allah Maha HEBAT!!!


sekarang sudah waktunya untuk aku bertawakkal..

sebagaimana doa Sa’id bin Jubair :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ صِدْقَ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَحُسْنَ الظَّنِّ بِكَ
Maksudnya : Wahai Tuhanku, aku memohon sebenar-benar tawakal kepadaMu dan bersangka baik denganMu

Sungguh aku merasa sungguh beruntung kerana memiliki sahabat-sahabat dan roomateku yang cukup memahami dan sentiasa memberikan aku semangat tika aku lemah dan hampir tersungkur kerana merasa tidak mampu menghadapi mehnah yang sebenarnya mencorakkan lukisan kehidupanku ini..kamula penyeri hatiku..terima kasih banyak..sungguh aku mencintaimu keranaNYa.


                    

~teringin nak berjalan-jalan di pantai menhirup udara segar dan menikmati keindahan ciptaanNya..~




2 comments:

mazeermohamad said...

yup! memang ramai yang hanya mendapat penat dan dahaga saja~ mereka hanya berpuasa tanp melakukan ibadat yang diwajibkan~ erm~ apatah lagi mereka yang hanya tidur seharian~

elya khadijah said...

salam

betul tu..mazeer..moga kita x tergolonng dlm gol itu..