..Ahlan Wa Sahlan..
Wednesday, November 5, 2014
Keberkatan waktu..
Thursday, September 4, 2014
Hijab. Mulalah selebihnya Allah akan menguatkan!
"Dik, ada buat perkhidmatan cuci rambut untuk wanita bertudung?"
"Ha? Tiada kak, cubalah cari di tempat lain" mukanya kehairanan, langsung tiada senyuman.
"Mmm..boleh kak jumpa dgn bos?"
"Kami xbuat disini kak" mukanya masam mencuka. Customer di salon turut memerhatikan aku.
"Kenapa?" Tanya seorang pekerja salon disitu.
"Ni kak ni mau cuci rambut tpi mau tempat bertutup!"
"Oh, boleh2 sini kak" sambil melabuhkan tirai yang ada disitu.
"Adik ok ka?" Aku rasa x sedap hati tgk riak wajah adik tu..kemudian dia hanya mengganguk senyum terpaksa.
Dia mula mencuci, mulanya aku diam..beberapa minit kemudian aku cuba bermesra dengannya..bertanya itu ini.
"Kenapa kak mau bertutup? Kenapa tidak boleh nampak rambut??" Tiba2 soalan itu keluar dari mulutnya.
Aku tersenyum..patutlah masam saja wajahnya tadi rupanya ada benda yang dia belum mengerti.
"Rambut ni salah satu aurat kita dik, tak boleh sembarangan orang tengok..berdosa kita nanti."
"Jadi, kami ni macamna?? Berdosalah kami?? Siapa saja yang boleh tgk rambut kita?"
"Siapa yang adik tak boleh kahwin, mereka tu la yg boleh tgk..sapa yg boleh kita kahwini mmg kena tutuplah. Contohnya sepupu lelaki..adik boleh kahwin dengan dia, jadi dengan dia kena pakai tudung."
"Saya ni kak dri dlu mau bertudung tapi..."
"Tapi tak faham kenapa harus bertudung?"aku cuba meneka
"Iya kak..hmm.."
"Rambut kita ni aurat, aurat kita maruah kita dik. Sebab tu kita kena jaga supaya tidak mudah orang ambil kesempatan terhadap kita."
"Tapi mcmna kak saya ni kerja salon susahla saya kalau mau bertudung.."
"Takpa dik pelan-pelan..tapi kita kena mula dulu inshaaAllah seterusnya Allah pasti tunjukkan jalan keluarnya."
"InshaaAllah kak, saya pun baru mau mula belajar solat"
"Kalau adik perlukan bantuan minta ajar apa-apa inshaaAllah kak boleh bantu..kawan-kawan kak pun ramai boleh beri tunjuk ajar"
"Yaka kak..Ok kak"
Aku mula melihat senyuman di wajahnya, manis sekali. Alhamdulillah syukur.
Selama aku menjalani kehidupan di daerah sendiri, sudah ramai yang aku temui insan begini.
Di luar nampak ranggi, sangat social, seksi dan kasar tapi bila didekati mashaaAllah di sudut hati mereka ternyata ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik namun mungkin tidak tahu harus mulai dari mana, dengan apa, bagaimana dan bersama siapa untuk berubah. Benarlah manusia ini dilahirkan bersama satu fitrah, iaitu fitrah sukakan kebaikan.
Pertemuan dengan insan-insan seperti ini banyak menyedarkan kita betapa berharganya hidayah yang Allah berikan pada kita. Sungguh hidayah ini perlu dijaga dengan baik kerana bila-bila masa hidayah itu bisa hilang dan mungkin tidak akan kembali. Betapa ruginya..Nauzubillah.
Tuesday, July 22, 2014
MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS!
MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS
Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.
Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.
RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU
Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.
Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"
Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.
Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."
KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN
Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."
"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.
Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.
KEJUTAN DEMI KEJUTAN
Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.
Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...
Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.
Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.
Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.
Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.
Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.
Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.
Konvensyen Bidadari, mengajakmu ke sana.. School of Sahabah buat peneman pasanganmu. Di sini, kita tak pernah berjauhan. Ukhwah jadi ikatan, ilmu jadi hidangan. Adab. Cinta Rasul, Serikandi Allah sebagai modelmu.
Tuesday, July 1, 2014
VIDEO: Si Kecil 5 Tahun Hafaz 30 Juzuk, Juri Mencium Tangannya.
Sunday, June 29, 2014
Jatuh cinta.
Saturday, June 28, 2014
Ramadhan 2014
Friday, June 27, 2014
Tanda Cinta dan Kasihnya
Wednesday, June 18, 2014
Truth or Dare's Game
Monday, June 9, 2014
Rindu lagi..
Bismillahirrahmanirrahim..
Allahu...tiba-tiba rindu itu datang lagi..rindu arwah nenek..
Dia yang membesarkan aku setelah pemergian ibu,
Dia yang mengajarku mengenal alquran,
Dia juga yang mencubitku bila aku malas belajar mengaji,
Dia yang memulas jariku bila malas bangun awal pagi,
Dia yang menjagaku semasa aku sakit,
Dialah yang menjadi pengganti ibu buat aku..
Kini sudah 10 hari nenek telah pergi, sakit terasa dada ini menahan tangis kerana teringat pesan rasul melarang meratapi mayat ketika itu. Kini airmata itu sudah tidak mampu dibendung dek kerana rindu yang teramat pada nenek. Biar saja aku menangis bagaikan kanak-kanak yang kehilangan ibu, kerna aku juga telah kehilangan ibu ke-dua yang menyayangiku tanpa batas sedang aku tidak sempat membalasnya sediktpun. Semoga Allah meluaskan dan melapangkan kubur nenek..moga nenek tenang di sana. amin..
Saturday, June 7, 2014
Mimpi Seorang Gadis
Monday, June 2, 2014
"You've Changed!"
Wednesday, May 14, 2014
A Little Lovely Notes..
"Pembunuh" alam maya??
Friday, May 9, 2014
The Sweetest Marriage ever..
Sunday, February 23, 2014
Clorox Hati!
Semalam, saya menghadiri satu ceramah " Pengenalan Asma'ul Husna dalam kehidupan seharian"
saya sampaikan highlight sahaja ya, kami diajar bagaimana cara "Bicara Hati" dengan Allah.
Wednesday, February 19, 2014
Lelah.
“..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” [ ar-ra'd: 28 ]
:)
Friday, February 14, 2014
Alkisah Semut...
Satu pagi, seekor semut sedang terjumpa sehelai bulu yang besar. Semut amat menyukai bulu tersebut lalu berusaha membawanya pulang ke sarang.
Perjalanan semut tidak mudah, satu demi satu halangan terpaksa dilepasi dengan berjalan agak jauh.
Di satu halangan, tetiba semut itu berhenti. Rupanya, ada sebuah gaung sebesar 10mm yang tidak dilepasinya. Semut berulang-alik membawa bulu itu kebuntuan.
Akhirnya, semut terfikir penyelesaiannya. Ia meletakkan bulu tersebut untuk menutup gaung tersebut. Selepas ia lintasi gaung tersebut, semut mengambil bulu lalu meneruskan perjalanan ke arah sarangnya. Hebat sang semut ciptaan Allah ini!
Akhirnya, sang semut tiba di sarangnya yang berlubang di bawah penjuru sebuah rumah. Sang semut berasa sangat gembira dan puas kerana berjaya membawa pulang bulu meskipun berdepan bermacam halangan.
Setibanya di pintu sarang, sang semut baru tersedar bahawa lubang ke sarangnya sebegitu kecil, macam mana bulu yang besar ini dapat dibawa masuk?
Akhirnya, semut terpaksa berputus asa. Tidak mungkin ia dapat melepasi halangan ini. Semut mengambil keputusan untuk meninggalkan bulu, dan pulang ke sarangnya meskipun semut telah mengatasi setiap satu halangan dengan bijaksana, kekentalan jiwa dan segala tenaga untuk membawa bulu tersebut sehingga tiba di pintu rumah.
Wahai anakku,
Sang semut sebenarnya terlupa untuk berfikir mengenai masalahnya secara mendalam sebelum memulakan usaha membawa bulu pulang ke sarang.
Di akhir perjalanan, baru tersedar bulu yang disangka bernilai hanya satu beban yang tidak perlu.
Wahai anak kesayanganku, dalam kehidupan seharian kamu, ada kalanya kamu akan melalui apa yang dirasai semut. Kamu bimbang mengenai banyak perkara duniawi, seperti air muka, mengumpul duit dan harta, mencari pekerjaan lebih baik, risau keterlaluan pada keluarga dan sebagainya.
Namun, apabila tiba di penghujung jalan hidup kamu barulah engkau tersedar, segala yang dikejar dan dirisaukan kamu, sebenarnya tidak dapat dibawa bersama seperti bulu yang ditinggalkan sang semut.
Senyum
Tuesday, February 11, 2014
Alkisah terkencing dalam seluar!!
Ramli terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Ramli tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.
Ramli menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.
Pada masa yang sama, Ustaz Ismail sedang bergerak ke arah Ramli yang sedang menundukan kepala.
Tetiba Ibrahim, rakan Ramli yang duduk di sebelahnya, dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Ramli dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Ramli.
Ramli berfikir sejenak. “Pertolongan sudah tiba!” bisik Ramli di hatinya lalu mengambil peluang memaki-hamun rakannya Ibrahim di depan Ustaz Ismail kerana menyebabkan seluarnya basah supaya insiden aibnya dapat disembunyikan.
Daripada orang yang bakal mendapat aib di kelas, kini Ramli menjadi orang yang mendapat simpati.
Ustaz Ismail membawa Ramli ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan, tanpa diketahui mereka air kencing Ramli.
Simpati yang dicurahkan kepada Ramli semakin banyak. Ibrahim pula malang dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.
“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Ramli untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa sebenar dalam insiden tumpah air tadi.
Ramli tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja Ibrahim tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.
Semasa sekolah tamat, Ustaz Ismail memanggil Ramli ke biliknya.“Ramli, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Ramli daripada aib tadi ya,” Ustaz Ismail berpesan kepada Ramli.
“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Ramli cuba menyembunyi peristiwa aibnya.
“Ramli, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Ramli untuk menutup aib Ramli kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Ramli tidak diaibkan. Ramli dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Ramli,” kata Ustaz Ismail.
Ramli tersentak dengan penjelasan Ustaz Ismail dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.
“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Ramli.
"Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Ramli melaluinya,” jawab Ibrahim.
Wahai anakku,
Allah mengatur kamu untuk bertemu dengan orang-orang tertentu pada waktu tertentu dan untuk tunjuk tertentu. Bersangka baiklah bahawa setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri. Kadangkala ia adalah untuk kamu membantunya, menerima bantuan daripadanya, memberikan ia ilmu, mengambil ilmu daripadanya dan sebagainya.
Anak kesayanganku, ingatkan diri bahawa setiap manusia akan ada waktu susah dan mencabarnya, oleh itu, janganlah kamu mengambil kesempatan mahupun mempersenda dan tidak melakukan apa-apa apabila kelihatan orang yang susah. Bantulah dia sebagaimana yang dilakukan Ibrahim kepada Ramli tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Cubalah kamu berdiri di kasut orang lain untuk memahami keadaan si dia sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kamu untuk menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.
Senyum
Dari Ayahanda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Wednesday, February 5, 2014
Tips Menjadi Top, Hot, Dan Femes.
Monday, February 3, 2014
Malu.
Sunday, February 2, 2014
..Sandiwara Cinta..
Saturday, February 1, 2014
SWEET Kan?
Sweetnya ALLAH ,
Walau kita menjauh dari-NYA DIA tetap dekat dengan kita ,
Tak sekali menjauh dari kita ..
Sweetnya ALLAH ,
Saat langkah kita mendekati-NYA Dia semakin menghampiri kita..
Untuk sentiasa membimbing kita..
Sweetnya ALLAH ,
Ketika kita sedang berduka, sedih dan kecewa ,
DIA sentiasa ada untuk kita ...
Tak pernah ALLAH tinggalkan kita walaupun sesaat ,
DIA Sentiasa memberi petunjuk dan panduan ,
Agar kita tabah hadapi cabaran hidup ,
Dan sentiasa berada di atas jalan-NYA.
Thursday, January 30, 2014
..Jodoh Berdua..cieeeeee!
"Dah kerja? Bila nak kawin? "
Inilah Soalan paling HOT selalu diterima. Rezeki kita ni berbeza..Allah beri mengikut keperluan diri seseorang itu dan one thing is JODOH dan REZEKI semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz kan.
Kalau dah rezeki kita tu biar pun dah masuk mulut orang pasti kembali ke kita balik, ni just perumpamaan HM Tuah bagi la sekadar nak bagi kita tengok 'how magic' is rezeki and jodoh ni. Think deeply. Yang penting kan, usaha kita and doa. Jaga peribadi dan jaga hati inshaaAllah rezeki dan jodoh kita tu baik2 semuanya. . So mak cik2 diluar sana harap mengerti ya..semoga dikurang2kan lah soalan ni pada gadis2 manis seperti kami ni. Hehehe
# Mungkin ada yang dah baca sbb Ni status fb saya sebelum ni. Baru dapat post di blog.Tq pd yg sudi baca!